Thursday, April 7, 2011

Kriteria kewartawanan Islam


Antara ciri-ciri kewartawanan Islam adalah:-
  1.  Berita boleh memaklumkan tentang situasi masyarakat, ummah dan umat Islam di seluruh dunia
  2. Mempermainkan orang, memanggil mereka dengan nama yang kurang elok atau memalukan seseorang adalah haram
  3. Setiap orang mempunyai hak privasi, dan wartawan sekalipun tidak patut melanggar hak ini melainkan maklumat tersebut penting yang menuju kearah keadilan dan kebenaran 
  4. Penyataan yang salah/tidak benar adalah haram. Mencari kebenaran sepatutnya menjadi jihad kepada semua wartawan
  5. Jenayah sepatutnya dilaporkan agar ia dapat membantu bagi mencapai keadilan untuk mangsa dan untuk mencegah jenayah dan bukan untuk tujuan menggalakkannya.

Kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat

Terdapat banyak kesan penyalahgunaan media terhadap seseorang individu, apatah lagi kepada seluruh masyarakat, berikut adalah antara kesan-kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat:-
  1. Menyebabkan masyarakat berpecah-belah
  2. Melahirkan masyarakat yang mungkar (gejala-gejala sosial seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, minum arak, berjudi, seks bebas dan lain-lain lagi)
  3. Menjatuhkan akidah masyarakat Islam
  4. Melahirkan masyarakat yang jahil

Saturday, April 2, 2011

Etika komunikator Islam

Terdapat 5 etika utama dalam menjadi komunikator Islam:-
  1. Komunikator Islam perlulah berilmu - bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau salah maksud
  2. Komunikator Islam perlulah memahami situasi masyarakat - masyarakat berbeza perlu pendekatan yang berbeza
  3. Komunikator Islam perlulah berakhlak mulia - disamping menyebarkan ajaran Islam, mereka juga dilihat sebagai "role model" oleh itu haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat
  4. Komunikator Islam perlulah bijak berkomunikasi - bijak di sini bermaksud pandai dari segi percakapan dan sebagainya
  5. Komunikator Islam perlulah memahami uslub dakwah - perlulah berhikmah ketika berdakwah dan memahami mad'u (audien)

Wednesday, March 16, 2011

Cara komunikator Islam dapat mendekati golongan remaja

Komunikator Islam berperanan untuk :-
  1. Menyeru kepada keimanan
  2. Memberi peringatan dan amaran
  3. Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
  4. Mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan Ilahi)
  5. Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat
Apa yang perlu dilakukan oleh  komunikator Islam ialah melakukan peranan mereka seperti biasa, tetapi.... ada tetapinya. Iaitu dengan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti :-
  1. Laman web sosial - Kita tahu yang remaja masa kini sudah ketagih dengan facebook, boleh dikatakan 12jam sehari di depan komputer melayan facebook. Bukankah elok kalau komunikator Islam menggunakan peluang ini untuk membuat kumpulan atau profil bertujuan untuk menyampaikan dakwah. Bukan sahaja facebook, malah blog dan sebagainya. 
  2. Lagu - Remaja masa kini juga suka mendengar lagu, apa yang kita harus buat ialah menggunakan lagu sebagai medium dakwah, seperti yang dilakukan oleh artis tersohor MAHER ZAIN.

Cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam

Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam pada masa kini :-
  1. Penyalah gunaan internet
    • Contohnya melayari laman-laman web lucah dan sebagainya
  2. Rancangan tv yang tidak bertapis
    • Contohnya seperti rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan
  3. Media yang menyiarkan perkara-perkara yang tidak bermoral dan lucah.
    • Contohnya gambar-gambar menjolok mata yang terpampang pada majalah-majalah hiburan

Metode mencegah kemungkaran

Metode ini merupakan metode yang sangat disarankan oleh baginda Rasulullah S. A. W. Antara metode-metode mencegah kemungkaran :-
  1. Tangan
    • Iaitu melalui perbuatan. Contoh yang paling dekat ialah ibubapa, setiap apa yang dilakukan oleh ibubapa akan diikuti oleh anak-anak, tidak kira baik atau buruk. Oleh itu, sebagai ibubapa dan bakal ibubapa, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk mereka agar mereka dapat membesar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
  2. Lidah
    • Islam mengajar umatnya untuk tegur-menegur antara satu sama lain, ia adalah salah satu kewajipan kita sebagai umat islam untuk memberi teguran atau nasihat. Adalah berdosa jika kita melihat kemungkaran di depan mata dan tidak menegurnya, sebaik-baiknya tegurlah. Setelah kita tegur maka terlepaslah kita daripada dosa, terpulang kepada yang ditegur untuk menerima teguran itu.
  3. Hati
    • Mencegah kemungkaran melalui hati adalah selemah-lemah iman, walaubegitu ia masih bermakna di sisi Allah S. W. T. Kita haruslah menjaga hati kita agar ia senantiasa bersih dan suci.

Tuesday, March 15, 2011

Peranan media Islam dalam penyebaran maklumat Islam

Media Islam mempunyai tanggungjawab atau peranan yang tinggi dalam menybearkan makluman Islam. Ini adalah 5 peranan terpenting media komunikasi Islam :-

  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai, ini ada kaitan langsung dengan dakwah.
  2. Memepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah, siapa lagi yang akan mempertahankan isu-isu sebegini kalau bukan umat Islam itu sendiri.
  3. Menggunakan pekdekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan. 
    • Islam haruslah sejajar dengan peredaran masa, dengan kewujudan Internet, umat Islam haruslah menggunakan peluang ini dengan menggunakan medium baru ini untuk menyebarkan syiar Islam.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi meraka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
    • Ini adalah salah satu alternatif yang baik menggantikan peperangan dimana ia tidak melibatkan pertumpahan darah mana-mana pihak, Islam mahupun Barat.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan. 
    • Barat selalu menghasilkan filem-filem di mana orang arab menjadi musuh, itu adalah antara serangan propaganda Barat. Orang lain yang melihat filem sebegini akan menjeneralisasikan orang arab sebagai orang Islam. Inilah antara mesej-mesej tersirat di dalam filem-filem Barat.