Thursday, April 7, 2011

Kriteria kewartawanan Islam


Antara ciri-ciri kewartawanan Islam adalah:-
  1.  Berita boleh memaklumkan tentang situasi masyarakat, ummah dan umat Islam di seluruh dunia
  2. Mempermainkan orang, memanggil mereka dengan nama yang kurang elok atau memalukan seseorang adalah haram
  3. Setiap orang mempunyai hak privasi, dan wartawan sekalipun tidak patut melanggar hak ini melainkan maklumat tersebut penting yang menuju kearah keadilan dan kebenaran 
  4. Penyataan yang salah/tidak benar adalah haram. Mencari kebenaran sepatutnya menjadi jihad kepada semua wartawan
  5. Jenayah sepatutnya dilaporkan agar ia dapat membantu bagi mencapai keadilan untuk mangsa dan untuk mencegah jenayah dan bukan untuk tujuan menggalakkannya.

Kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat

Terdapat banyak kesan penyalahgunaan media terhadap seseorang individu, apatah lagi kepada seluruh masyarakat, berikut adalah antara kesan-kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat:-
  1. Menyebabkan masyarakat berpecah-belah
  2. Melahirkan masyarakat yang mungkar (gejala-gejala sosial seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, minum arak, berjudi, seks bebas dan lain-lain lagi)
  3. Menjatuhkan akidah masyarakat Islam
  4. Melahirkan masyarakat yang jahil

Saturday, April 2, 2011

Etika komunikator Islam

Terdapat 5 etika utama dalam menjadi komunikator Islam:-
  1. Komunikator Islam perlulah berilmu - bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau salah maksud
  2. Komunikator Islam perlulah memahami situasi masyarakat - masyarakat berbeza perlu pendekatan yang berbeza
  3. Komunikator Islam perlulah berakhlak mulia - disamping menyebarkan ajaran Islam, mereka juga dilihat sebagai "role model" oleh itu haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat
  4. Komunikator Islam perlulah bijak berkomunikasi - bijak di sini bermaksud pandai dari segi percakapan dan sebagainya
  5. Komunikator Islam perlulah memahami uslub dakwah - perlulah berhikmah ketika berdakwah dan memahami mad'u (audien)

Wednesday, March 16, 2011

Cara komunikator Islam dapat mendekati golongan remaja

Komunikator Islam berperanan untuk :-
  1. Menyeru kepada keimanan
  2. Memberi peringatan dan amaran
  3. Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
  4. Mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan Ilahi)
  5. Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat
Apa yang perlu dilakukan oleh  komunikator Islam ialah melakukan peranan mereka seperti biasa, tetapi.... ada tetapinya. Iaitu dengan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti :-
  1. Laman web sosial - Kita tahu yang remaja masa kini sudah ketagih dengan facebook, boleh dikatakan 12jam sehari di depan komputer melayan facebook. Bukankah elok kalau komunikator Islam menggunakan peluang ini untuk membuat kumpulan atau profil bertujuan untuk menyampaikan dakwah. Bukan sahaja facebook, malah blog dan sebagainya. 
  2. Lagu - Remaja masa kini juga suka mendengar lagu, apa yang kita harus buat ialah menggunakan lagu sebagai medium dakwah, seperti yang dilakukan oleh artis tersohor MAHER ZAIN.

Cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam

Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam pada masa kini :-
  1. Penyalah gunaan internet
    • Contohnya melayari laman-laman web lucah dan sebagainya
  2. Rancangan tv yang tidak bertapis
    • Contohnya seperti rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan
  3. Media yang menyiarkan perkara-perkara yang tidak bermoral dan lucah.
    • Contohnya gambar-gambar menjolok mata yang terpampang pada majalah-majalah hiburan

Metode mencegah kemungkaran

Metode ini merupakan metode yang sangat disarankan oleh baginda Rasulullah S. A. W. Antara metode-metode mencegah kemungkaran :-
  1. Tangan
    • Iaitu melalui perbuatan. Contoh yang paling dekat ialah ibubapa, setiap apa yang dilakukan oleh ibubapa akan diikuti oleh anak-anak, tidak kira baik atau buruk. Oleh itu, sebagai ibubapa dan bakal ibubapa, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk mereka agar mereka dapat membesar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
  2. Lidah
    • Islam mengajar umatnya untuk tegur-menegur antara satu sama lain, ia adalah salah satu kewajipan kita sebagai umat islam untuk memberi teguran atau nasihat. Adalah berdosa jika kita melihat kemungkaran di depan mata dan tidak menegurnya, sebaik-baiknya tegurlah. Setelah kita tegur maka terlepaslah kita daripada dosa, terpulang kepada yang ditegur untuk menerima teguran itu.
  3. Hati
    • Mencegah kemungkaran melalui hati adalah selemah-lemah iman, walaubegitu ia masih bermakna di sisi Allah S. W. T. Kita haruslah menjaga hati kita agar ia senantiasa bersih dan suci.

Tuesday, March 15, 2011

Peranan media Islam dalam penyebaran maklumat Islam

Media Islam mempunyai tanggungjawab atau peranan yang tinggi dalam menybearkan makluman Islam. Ini adalah 5 peranan terpenting media komunikasi Islam :-

  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai, ini ada kaitan langsung dengan dakwah.
  2. Memepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah, siapa lagi yang akan mempertahankan isu-isu sebegini kalau bukan umat Islam itu sendiri.
  3. Menggunakan pekdekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan. 
    • Islam haruslah sejajar dengan peredaran masa, dengan kewujudan Internet, umat Islam haruslah menggunakan peluang ini dengan menggunakan medium baru ini untuk menyebarkan syiar Islam.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi meraka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
    • Ini adalah salah satu alternatif yang baik menggantikan peperangan dimana ia tidak melibatkan pertumpahan darah mana-mana pihak, Islam mahupun Barat.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan. 
    • Barat selalu menghasilkan filem-filem di mana orang arab menjadi musuh, itu adalah antara serangan propaganda Barat. Orang lain yang melihat filem sebegini akan menjeneralisasikan orang arab sebagai orang Islam. Inilah antara mesej-mesej tersirat di dalam filem-filem Barat.

Halangan dan jenis media dalam komunikasi Islam

Halangan-halangan yang akan dinyatakan selepas ini haruslah kita jauhi, kerana halangan-halangan sebegini hanya membantutkan proses komunikasi dalam Islam. Antara halangan komunikasi adalah :-
  1. Mengutuk orang - Perbuatan ini hanya akan membawa kepada permusuhan/pergaduhan
  2. Memperkecil-kecilkan orang - Setiap orang mempunyai kelebihanya sendiri, janganlah kita mengutuknya kerana kita lebih pandai di dalam bidang tersebut.
  3. Membocorkan rahsia orang - Janganlah kita membuka keaiban seseorang itu
  4. Mengumpat orang - Mengumpat tergolong dalam fitnah dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.
  5. Memuji berlebihan - Islam mempraktikkan kesederhanaan, oleh itu pujilah dengan sederhana
  6. Bertergkar - Tak baik gaduh-gaduh
  7. Bercakap kotor - Janganlah kita mencarut, tidak elok di mulut apatah lagi di dengar

Terdapat 7 Jenis media dalam Islam kesemuanya, iaitu :-
  1. Al-Quran - Mukjizat Junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. bertujuan untuk mendidik dan memberi pertunjuk
  2. Jemaah/organisasi - Tergolong dalam jenis media kerana ia merupakan cara komunikasi ketika melakukan aktiviti dakwah
  3. Lisan - Percakapan secara langsung boleh dikatakan berkesan tetapi kekurangannya dari segi mengingati dan kadang-kala sukar untuk difahami
  4. Tulisan - Bertahan lebih lama, ia mudah difahami dan murah
  5. Gambar - Antara media komunikasi tertua. Gambar boleh memberikan impak yang tidak termampu oleh tulisan
  6. Bahasa badan/perbuatan - Rasulullah selalu menunjukkan teladan yang baik kepada umat-umatnya, ini adalah satu cara untuk berdakwah.
  7. Audio-visual - Video boleh dikatakan antara media yang paling berkesan, ia menarik, mudah difahami dan mudah diikuti berbanding dengan yang lain.

Wednesday, February 16, 2011

Sumber Rujukan Komunikasi Islam

 Terdapat 3 kesemuanya iaitu:-
  1. Al-Quran iaitu mukjizat Rasulullah S.A.W.
  2. As-Sunnah iaitu segala perbuatan dan percakapan Rasulullah S.A.W.
  3. Ijtihad yang terdiri kepada dua iaitu:-
    1. Ijmak iaitu kesepakatan seluruh ulamak Islam terhadap sesuatu hukum syarak.
    2. Qias iaitu menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya.
Setelah lama tidak mengupdate blog akhirnya dalam minggu ini dapat juga saya update, Saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat membuat sedemikian pada minggu-minggu sebelumnya kerana ada perkara-perkara yang perlu diuruskan, senang cerita busy-lah.... 

Sunday, January 16, 2011

Batas Pergaulan

Dalam berkomunikasi, janganlah kita lupa untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, sebagai peringatan kepada yang sedang ber'couple atau berhasrat ingin ber'couple, saya sajikan video ini =)

Saturday, January 15, 2011

Prinsip komunikasi dan jenis komunikasi dalam Islam

Islam tidak melarang dalam komunikasi selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syara', di sini saya sediakan sedikit garis panduan/nasihat dalam berkomunikasi mengikut prinsip Islam :-
  1. Berhati-hati ketika berkata-kata kerana setiap kata-kata itu boleh membawa kepada dosa atau pahala.
  2. Berkata benar, kerana sekecil-kecil mana pun penipuan itu mahupun sekecil zarah, dosa tetap dosa dan akan dibalas oleh Allah S.W.T.
  3. Jauhkan diri daripada gosip, gosip itu tergolong dalam jenis-jenis fitnah, dan fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
  4. Jangan menjerit atau ketawa yang melampau, kita haruslah bersopan santun dalam berkata-kata, kerana ia melambangkan jatidiri seorang muslim.
  5. Zaman kini mencarut sudah menjadi satu trend, tetapi sebagai umat Islam sebaik-baiknya jauhkan diri dari mencarut.
(Dipetik dan diolah daripada: http://www.owhsomuslim.com/osm/communication-manners-in-islam/


Terdapat 4 Jenis Komunikasi dalam Islam :-
  1. Komunikasi dengan Allah - Boleh mendekatkan diri dengan Allah melalui amalan-amalan seperti berzikir, berdoa, dan sebagainya.
  2. Komunikasi dengan sesama manusia - Tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung iaitu secara berdepan (cth: mesyuarat tingkap) dan tidak langsung (cth: melalui tv, surat khabar dan sbgnya...)
  3. Komunikasi dengan diri sendiri - Kita haruslah befrikir, menghisab diri atau bermusahabah diri agar hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini
  4. Komunikasi manusia dengan alam sekitar - Kita haruslah menjaga kebersihan alam sekitar bukan sahaja kerana ia adalah arahan kerajaan tetapi sebagai tanggungjawab kita. Ia juga sebagai membalas budi alam sekitar kerana memberikan keperluan kepada kita seperti air, kayu dan sebagainya.
 

Thursday, January 13, 2011

Pengertian Komunikasi

Pengertian komunikasi dalam Islam tidaklah jauh bezanya daripada pengertian komunikasi dari segi bahasa, boleh dikatakan ia tidak ada perbezaan langsung, komunikasi bermaksud menyampaikan maklumat dari penyampai kepada si penerima melalui sesuatu saluran, tidak kiralah media elektronik, media cetak, mahupun percakapan secara langsung.

Cara kita berpakaian juga salah satu cara kita berkomunikasi, Islam mengajar kita untuk menutup aurat tidak kira lelaki atau perempuan. Bagi saya lelaki tiada masalah dalam hal ini tetapi lain pulak bagi kaum hawa. Ada juga relevannya mengapa Islam mengajar umatnya untuk berbuat sedemikian, ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara buruk seperti kes rogol. Pakaian perempuan yang menjolok mata adalah seperti berkata "rogollah saya!" Tidak salah untuk perempuan berpakaian cantik tetapi sebaik-baiknya menutup aurat. Seperti kata pepatah Melayu "Siapa makan cili dia terasa pedas." Oleh itu renungkanlah......

Sekian sahaja daripada saya minggu ini, Wassalam....

Tuesday, January 11, 2011

Pertama kali

Ini kali pertama saya buat blog, tak pernah buat blog sebelum ni.

Sedikit-sebanyak tentang asal usul nama blog ini, komunikasi pada zaman ini kebanyakanya bertumpukan kepada internet, oleh itu setiap kali kita ingin memasuki internet perlulah dulu menyambung talian atau perkataan Inggerisnya "connect" dan apabila digabungkan dengan perkataan Islam maka terbitlah connectingislam.

Blog ni mengenai komunikasi dalam aspek Islam, ia akan merangkumi semua aspek dari pengertian komunikasi dalam Islam hinggalah kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat.

Dalam Islam kita diajar untuk tegur-menegur antara satu sama lain, kalau ada salah atau silap dalam post-post saya, silalah tegur. Maklumlah sebagai manusia, salah dan silap itu agak sukar untuk dielakkan.