Islam tidak melarang dalam komunikasi selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syara', di sini saya sediakan sedikit garis panduan/nasihat dalam berkomunikasi mengikut prinsip Islam :-
- Berhati-hati ketika berkata-kata kerana setiap kata-kata itu boleh membawa kepada dosa atau pahala.
- Berkata benar, kerana sekecil-kecil mana pun penipuan itu mahupun sekecil zarah, dosa tetap dosa dan akan dibalas oleh Allah S.W.T.
- Jauhkan diri daripada gosip, gosip itu tergolong dalam jenis-jenis fitnah, dan fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
- Jangan menjerit atau ketawa yang melampau, kita haruslah bersopan santun dalam berkata-kata, kerana ia melambangkan jatidiri seorang muslim.
- Zaman kini mencarut sudah menjadi satu trend, tetapi sebagai umat Islam sebaik-baiknya jauhkan diri dari mencarut.
(Dipetik dan diolah daripada: http://www.owhsomuslim.com/osm/communication-manners-in-islam/ )
Terdapat 4 Jenis Komunikasi dalam Islam :-
Terdapat 4 Jenis Komunikasi dalam Islam :-
- Komunikasi dengan Allah - Boleh mendekatkan diri dengan Allah melalui amalan-amalan seperti berzikir, berdoa, dan sebagainya.
- Komunikasi dengan sesama manusia - Tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung iaitu secara berdepan (cth: mesyuarat tingkap) dan tidak langsung (cth: melalui tv, surat khabar dan sbgnya...)
- Komunikasi dengan diri sendiri - Kita haruslah befrikir, menghisab diri atau bermusahabah diri agar hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini
- Komunikasi manusia dengan alam sekitar - Kita haruslah menjaga kebersihan alam sekitar bukan sahaja kerana ia adalah arahan kerajaan tetapi sebagai tanggungjawab kita. Ia juga sebagai membalas budi alam sekitar kerana memberikan keperluan kepada kita seperti air, kayu dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment