Sunday, January 16, 2011

Batas Pergaulan

Dalam berkomunikasi, janganlah kita lupa untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, sebagai peringatan kepada yang sedang ber'couple atau berhasrat ingin ber'couple, saya sajikan video ini =)

Saturday, January 15, 2011

Prinsip komunikasi dan jenis komunikasi dalam Islam

Islam tidak melarang dalam komunikasi selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syara', di sini saya sediakan sedikit garis panduan/nasihat dalam berkomunikasi mengikut prinsip Islam :-
  1. Berhati-hati ketika berkata-kata kerana setiap kata-kata itu boleh membawa kepada dosa atau pahala.
  2. Berkata benar, kerana sekecil-kecil mana pun penipuan itu mahupun sekecil zarah, dosa tetap dosa dan akan dibalas oleh Allah S.W.T.
  3. Jauhkan diri daripada gosip, gosip itu tergolong dalam jenis-jenis fitnah, dan fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
  4. Jangan menjerit atau ketawa yang melampau, kita haruslah bersopan santun dalam berkata-kata, kerana ia melambangkan jatidiri seorang muslim.
  5. Zaman kini mencarut sudah menjadi satu trend, tetapi sebagai umat Islam sebaik-baiknya jauhkan diri dari mencarut.
(Dipetik dan diolah daripada: http://www.owhsomuslim.com/osm/communication-manners-in-islam/


Terdapat 4 Jenis Komunikasi dalam Islam :-
  1. Komunikasi dengan Allah - Boleh mendekatkan diri dengan Allah melalui amalan-amalan seperti berzikir, berdoa, dan sebagainya.
  2. Komunikasi dengan sesama manusia - Tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung iaitu secara berdepan (cth: mesyuarat tingkap) dan tidak langsung (cth: melalui tv, surat khabar dan sbgnya...)
  3. Komunikasi dengan diri sendiri - Kita haruslah befrikir, menghisab diri atau bermusahabah diri agar hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini
  4. Komunikasi manusia dengan alam sekitar - Kita haruslah menjaga kebersihan alam sekitar bukan sahaja kerana ia adalah arahan kerajaan tetapi sebagai tanggungjawab kita. Ia juga sebagai membalas budi alam sekitar kerana memberikan keperluan kepada kita seperti air, kayu dan sebagainya.
 

Thursday, January 13, 2011

Pengertian Komunikasi

Pengertian komunikasi dalam Islam tidaklah jauh bezanya daripada pengertian komunikasi dari segi bahasa, boleh dikatakan ia tidak ada perbezaan langsung, komunikasi bermaksud menyampaikan maklumat dari penyampai kepada si penerima melalui sesuatu saluran, tidak kiralah media elektronik, media cetak, mahupun percakapan secara langsung.

Cara kita berpakaian juga salah satu cara kita berkomunikasi, Islam mengajar kita untuk menutup aurat tidak kira lelaki atau perempuan. Bagi saya lelaki tiada masalah dalam hal ini tetapi lain pulak bagi kaum hawa. Ada juga relevannya mengapa Islam mengajar umatnya untuk berbuat sedemikian, ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara buruk seperti kes rogol. Pakaian perempuan yang menjolok mata adalah seperti berkata "rogollah saya!" Tidak salah untuk perempuan berpakaian cantik tetapi sebaik-baiknya menutup aurat. Seperti kata pepatah Melayu "Siapa makan cili dia terasa pedas." Oleh itu renungkanlah......

Sekian sahaja daripada saya minggu ini, Wassalam....

Tuesday, January 11, 2011

Pertama kali

Ini kali pertama saya buat blog, tak pernah buat blog sebelum ni.

Sedikit-sebanyak tentang asal usul nama blog ini, komunikasi pada zaman ini kebanyakanya bertumpukan kepada internet, oleh itu setiap kali kita ingin memasuki internet perlulah dulu menyambung talian atau perkataan Inggerisnya "connect" dan apabila digabungkan dengan perkataan Islam maka terbitlah connectingislam.

Blog ni mengenai komunikasi dalam aspek Islam, ia akan merangkumi semua aspek dari pengertian komunikasi dalam Islam hinggalah kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat.

Dalam Islam kita diajar untuk tegur-menegur antara satu sama lain, kalau ada salah atau silap dalam post-post saya, silalah tegur. Maklumlah sebagai manusia, salah dan silap itu agak sukar untuk dielakkan.